Laman Utama
taskkita

Polisi Pemulangan Dana (Refund Policy)

Kemaskini terakhir: 22 Jun 2026

TaskKita berkomitmen untuk menyediakan platform pemasaran digital yang telus dan adil. Polisi ini mengawal selia semua bentuk pemulangan dana bagi transaksi pembelian pakej kempen iklan oleh Pengiklan (Marketer) serta kawal selia baki kredit Pengguna (Earner).

1. Refill Separa Bagi Kadar Kegagalan Melebihi 5%

Sistem Refill Slot: Sekiranya sesuatu kempen yang telah selesai atau habis slot mencatatkan kadar kegagalan melebihi 5% (contoh: pengiklan membeli 1,000 followers tetapi hanya menerima kurang daripada 950 followers sah selepas semakan), pengiklan layak memohon Refill Separa (Partial Refill).

Cara Kerja: Slot yang gagal akan diisi semula secara percuma oleh sistem sehingga jumlah yang dibayar dipenuhi. Refill tidak dikreditkan sebagai tunai atau baki wallet — ia digunakan terus untuk melengkapkan kempen asal supaya pengiklan menerima apa yang dibayar.

Bukti Sebelum & Selepas: Pengiklan digalakkan mengambil screenshot metrik akaun (contoh: jumlah followers) sebelum kempen dilancarkan dan selepas kempen selesai. Bukti ini akan diminta ketika permohonan refill separa untuk mengesahkan kadar kegagalan.

2. Kelayakan dan Tempoh Permohonan

Ambang 5%: Kempen yang mencatatkan kadar kegagalan 5% atau kurang dianggap dalam had toleransi biasa dan tidak layak untuk refill separa.

Tempoh 72 Jam: Permohonan refill separa mestilah dikemukakan melalui Pusat Bantuan atau butang "Mohon Refill Kempen" dalam masa 72 jam selepas status kempen bertukar kepada "Selesai" (Completed) atau semua slot dipenuhi. Selepas tempoh ini, permohonan tidak akan dilayan.

Kempen Belum Selesai: Refill separa tidak terpakai bagi kempen yang masih aktif atau belum habis slot. Sila tunggu kempen selesai sebelum memohon.

3. Bentuk Pemulangan Dana (Restriction on Cash Refunds)

Sekatan Pengeluaran Tunai: Refill separa diberikan dalam bentuk slot tambahan pada kempen asal, bukan tunai. Sebarang bentuk pemulangan dana lain (jika diluluskan atas budi bicara TaskKita) hanya akan dikreditkan semula ke dalam Wallet Deposit TaskKita sahaja dan hanya boleh digunakan untuk melancarkan kempen baharu di platform kami.

Polisi Anti-Fraud & Pencucian Wang: TaskKita tidak akan sekali-kali memproses pemulangan dana dalam bentuk tunai, pindahan bank, atau pemulangan ke kad kredit/debit asal. Polisi ketat ini dikuatkuasakan bagi mematuhi undang-undang sekatan manipulasi kewangan dan mencegah penyalahgunaan gerbang pembayaran (payment gateway).

4. Polisi Penolakan Tugasan Bagi Pekerja (Earners)

Penyerahan Tidak Sah: Bagi pengguna yang bertindak sebagai Pekerja (Earner), sebarang penyerahan bukti tugasan (submission) yang ditolak oleh Pengiklan atau dikesan sebagai tidak sah oleh sistem TaskKita adalah tidak layak untuk menerima sebarang bayaran ganjaran.

Hak Penyerahan Semula: Pekerja diberi peluang untuk menghantar semula (resubmit) bukti tugasan yang sahih sekiranya penolakan tersebut berlaku disebabkan oleh ralat teknikal atau ralat screenshot, tertakluk kepada tempoh masa kempen yang masih aktif.

5. Aduan, Pertikaian & Chargeback

Penyelesaian Dalaman: Sebarang pertikaian mengenai dana, kegagalan transaksi gateway (ToyyibPay/Curlec), atau ralat wallet mestilah diselesaikan secara dalaman dengan membuka tiket di Pusat Bantuan atau melalui Bot Telegram Sokongan rasmi kami. Pasukan kami akan menyemak dan memberi keputusan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.

Sekatan Chargeback Haram: Pengiklan dilarang sama sekali membuat tuntutan pertikaian (chargeback/dispute) secara melulu melalui pihak bank atau payment gateway tanpa kebenaran bertulis daripada TaskKita. Tindakan ini akan mengakibatkan akaun ditamatkan serta-merta dan baki dana akan dirampas.

6. Urusan Rasmi

Untuk sebarang bantuan teknikal, sila gunakan sistem tiket di dalam aplikasi. Bagi sebarang urusan dokumentasi korporat, invois perniagaan, atau pertanyaan sponsorship, sila emel terus pihak pengurusan atasan di business@taskkita.com.